My Followers

Tuesday, February 7, 2012

"GELOMBANG RINDU"

ALLAH tolong lembutkan hati hamba..
untuk mencintaiMu seadanya,
kerna ku tak sanggup,
kerna ku tak mampu,
menghadapi siksa nerakaMU..

ALLAH aku tahu byk dosaku..
hanya ingatkanMu kala dukaku,
namun hanya Kamu yg mampu membuka,
pintu hatiku untuk cintaMu..

ALLAH..ampunkanlah dosaku..
yang slalu dustakan janjiku,
agar kelak ku tidak kan disiksa,
kerna dosa-dosa masa lalu..

ALLAH..jatuh air mataku,
dan trus mengalir mengiringi doaku,
ALLAH..Yang mengampuni segala
Dosa-dosa hamba yang meminta..

Hanya mampu berdoa..
Moga maghfirah tiba nanti...

wallahua'lam..

BUATMU MAR'AH SOLEHAH


Wahai wanita solehah,jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya pada kecantikkan,lirikan senyuman,pada bicara manja yang menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya.Telah tercatat seungkap nama lelaki di loh mahfuz untukmu.Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu,jika kau tetap di atas jalan yang diredhai,insyaALLAH si dia turut di jalan yang sama.
:: BICARA CINTA ::


Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.

-Hamka-

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.

-Hamka-

Tanda cinta kepada Allah adalah banyak mengingat (menyebut) Nya, karena tidaklah engkau menyukai sesuatu kecuali engkau akan banyak mengingatnya.

-Ar Rabi’ bin Anas (Jami’ al ulum wal Hikam, Ibnu Rajab)-

Aku tertawa (hairan) kepada orang yang mengejar-ngejar (cinta) dunia padahal kematian terus mengincarnya, dan kepada orang yang melalaikan kematian padahal maut tak pernah lalai terhadapnya, dan kepada orang yang tertawa lebar sepenuh mulutnya padahal tidak tahu apakah Tuhannya ridha atau murka terhadapnya.

-Salman al Farisi (Az Zuhd, Imam Ahmad)-

Sesungguhnya apabila badan sakit maka makan dan minum sulit untuk tertelan, istirahat dan tidur juga tidak nyaman. Demikian pula hati apabila telah terbelenggu dengan cinta dunia maka nasihat susah untuk memasukinya.

-Malik bin Dinar (Hilyatul Auliyaa’)-

Cintailah kekasihmu sekadarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sekadarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi kekasihmu.

-Ali bin Abi Thalib-

Engkau berbuat durhaka kepada Allah, padahal engkau mengaku cinta kepada-Nya? Sungguh aneh keadaan seperti ini. Andai kecintaanmu itu tulus, tentu engkau akan taat kepada-Nya. Kerana sesungguhnya, orang yang mencintai itu tentu selalu taat kepada yang ia cintai.

-A’idh Al-Qorni-

Thursday, January 12, 2012

My Timeline


rasanya dah hampir 3 tahun dah aku jadi ex-student saina.kepada yang xtau saina tu apa, saina adalah singkatan kepada sekolah menengah sains pokok sena di alor setar kedah..aku start belajar dari tahun 2005-2009.















nie gambar aku time tingkatan 2..nampak nerd je..haha



















nie masa tingkatan 3..masa nie kami tengah menunggu nak menyambut ketibaan adik angkat kami iaitu student tingkatan 1..:)



















haa..ni gambar time tingkatan 4 dulu..baru lepas pmr kan..haha



gambar ni plak waktu tingkatan 5..maklumlah dah jadi abang long kan sekarang..haha..dan yang di bawah nie plak gambar2 budak lelaki batch aku..



honestly, bila aku tengok balik gambar2 nie, memang teringat semula zaman2 persekolahan dulu dan aku memang merindui semua tu sekarang ni.memang betul, mula2 masuk daftar dulu memang xsuka tapi bila kita dah lama keluar memang akan rindu semula..so, setakat tu je la sekarang ni..dan korang boleh judge sendiri la macam mana rupa aku bila usia aku meningkat matang..haha..dan harap korang boleh leave comment kat bawah ye.:)




Tuesday, January 3, 2012

"Nafas Baru Khatibmoden"


Alhamdulillah, kini blog khatibmoden telah 'hidup kembali' walaupun dengan nama yang lain(Badiuz Zaman).Terima kasih diucapkan kepada kawan-kawan(atau lebih tepat group member) atau kesudian anda semua memberi nafas yang baru kepada 'pembaharuan' semula blog ini. Sebenarnya pembinaan blog ini hanyalah sebagai ikutan(atau lebih tepat "dia ada blog, aku pun nak ada juga la..") kepada seseorang kawan saya tapi malangnya ianya hanya separuh jalan. Bak kata pepatah 'kerja yang dilakukan tanpa keihklasan selalu terhenti di tengah jalan'. Kadang-kadang terdetik juga niat nak delete blog ni, tapi seperti yang kita sedia maklum, perancangan Allah ada hikmahnya dan hikmahnya kini, blog ini dapat dijadikan(telah dijadikan sebenarnya) sebagai projek CSC.Jadi Alhamdulillah dan insyaAllah blog ini akan kembali aktif dan diharapkan blog ini bukannya sekadar nak dapat markah dalam CSC tapi juga dapat mengikat kembali ukhwah persahabatan kita.=)

Monday, January 2, 2012

~kasih ibu~

Kasihnya ibu membawa ke syurga. Ibu adalah seumpama mentari yang seringkali menyinari kehidupan setiap insan di dunia ini. Cintanya seorang ibu kepada anak-anak sudah tersemai sejak mereka di dalam kandungan lagi. Dan kasih tersebut terus berkembang mekar buat selamanya.

Pengorbanan ibu adalah bermula dari mengandungkan anakmu di dalam rahimmu selama sembilan bulan sepuluh hari dan kemudiannya sanggup bertarung nyawa demi menyelamatkan anaknya untuk menjadi khalifah Allah di atas muka bumi ini. Ibu, kini baru kusedar betapa kau sanggup menggantikan kesakitanku ini ketulusan hatimu yang suci sesuci embunan pagi.

Sungguh mulia pengorbanan seorang ibu, Rasullullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Ertinya: Dari Abu Hurairah r.a ia berkata telah datang seorang laki-laki kepada Rasulallah SAW maka ia berkata: “Wahai Rasulullah Rasulullah siapakah yang lebih berhak untuk diberi penghormatan yang sebaik-baiknya? Rasulullah menjawab:”IBUMU” Ia berkata lagi: kemudian siapa? Rasul menjawab:”IBUMU” Dia berkata lagi kemudian: kemudian siapa? Rasulullah menjawab”IBUMU” Dia berkata lagi: kemudian siapa? Rasullullah menjawab:”AYAHMU” (Hadis Riwayat BUKHARI DAN MUSLIM).

p/s:kepada anak2 di perantauan..
balik umah nanti cium tangan mak
n cakap saya sayang mak...:)

~renung2kan & selamat beramal~

Thursday, December 29, 2011

Cinta yang Hakiki

CINTA!!!!!! katanya tiada seindah kata melainkan "cinta"...benarkah cinta itu terindah?? Sebenarnya apa itu cinta? Adakah kita memahami apa itu cinta sebelum kita mengatakan cinta itu indah...
RENUNGKAN!!!!

Arti cinta yg sesungguhnya kan kau dapat dari diriku
mesti aku bukanlah lelaki yg kau impi-impikan
bukan kata apalagi harta tubuh jiwa pasti untukmu
yg ku punya sejuta cinta yg kan membuatmu bahagia
karna ku tau yg kau butuh hanya cinta

Selama jantungku masih berdetak selama itu pula engkau milikku
selama darahku masih mengalir cinta ku pasti takkan berakhir

Segalanya bisa kau punya
tapi apa arti hidupmu tanpa cinta didalam hati
pasti hidupmu tak bermakna

sambutlah aku dengarlah bisikkan hatimu

Temukanlah arti cinta sejati didalam hatiku

~Adakah anda sudah menemui erti cinta yang sebenarnya???
TAPI cinta sejati tidak semudah yang diungkap seperti rangkap lagu di atas, ia tidak salah, tetapi di mana kesahihan cinta itu?? Benar, apa erti hidup tanpa cinta dalam hati,,pasti hidup tak bermakna..Begitu mudahkah kita mendapatkan cinta sejati dalam diri seorang insan???
KETAHUILAH!!!!
Cinta tidak semudah madah dari bibir semata2, cinta lahir dari perjuangan yang hakiki..
Bukan cinta kepada seorang insan semata2, malah cinta kepada PENCIPTA...
suatu masa nanti anda akan menemui cinta dalam dalam hati...CINTA HAKIKI!!

~pejuang cinta hakiki^_^"~

Wednesday, December 28, 2011

Muhasabah Cintaku


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

~may~

Thursday, December 22, 2011

:-)

Kadang-kadang kita rasa dada berat & hati tidak tenang. Macam-macam dah kita buat, mengaji, solat sunat, doa sampai menangis...tak release juga...

Rupa-rupanya amal lain yang kita terlepas pandang : Call mak & ayah, tanya khabar sembang-sembang lastly beritahu mereka yang kita sangat sayangkan mereka dan doakan mereka sihat diberi ketenangan dan kesihatan.

Ameen.

Akhirnya Allah bg ketenangan... Alhamdulillah...terima kasih Allah

alhamdulillah^_^

naa92~