My Followers

Monday, December 19, 2011

p/s i love you

~special to;hyda,zilla,asma’, & kak farah dan smua YG punya sahabat, jd sahabat atau sedang mcari sahabat~

Moga allah kumpulkan kita semua di syurgaNYA..

Buat kalian semua.. ^_^

Dgn pnuh kasih sayang..

syukran Allah kerana menghadirkan sahabat-sahabat buat diri,

menerima aku yang penuh kelemahan dan kekurangan,

maaf atas tiap yang menyakitkan kalian,

bersabar atas kerenah aku yang sering menyukarkan,

terimakasih menerima aku seada-adanya,

moga Allah pelihara,

moga Allah kasih,

moga Allah cinta kan kita semua..

ukhuwahfillah abadan abada..

alhamdulillah..(^_^)

bismillahirrahmanirrahim..

SalamALAIK..salamUKHUWAH..salamKASIH SAYANG..^_^!

sahabat yang dirahmati Allah sekalian..tiba2 hati ini diketuk oleh bayang2 kalian..terkenang kembai saat kita mula berkenalan..melewati hidup sebagai mahasiswi .kita sentiasa bersama..ketika aku dan kamu mengejar cinta yang hakiki dan menyulam rindu yang abadi kepadaNya..dan kita bersama mencapai cita2 yang satu..masi terngiang2 kata2 nasihat, dan mutiara2 ilmu yang kalian curahkan..seperti sudah lama kita bersahabat..alangkah indahnya saat kita ketawa,bersenda tawa,berduka lara..segalanya mendekatkan kita dgn PENCIPTA..sungguh..perjalanan kita masih panjang..tugas masih terpikul dibahu..aku harap kalian masih tegar..masih istiqomah dalam perjuangan ini..teringat aku pd msj yg aku terima dari seorang shbt..kata2 dari seorang pejuang.." sesungguhnya perjalanan seorang daie itu panjang dan melelahkan.ketika itu orang lalai akan heran melihat daie menyengsarakan diri dalam kelelahan dan bertanya 'sampai bila kamu akan melelahkan diri?' dijawab daie dgn pasti 'sebenarnya aku mengharapkan pengistirehatan di syurga'.." ( Al-Fawaid Ibnu Qayyim) sahabat2...hari ini ku terjaga dan sedar lagi siapa diriku..tp mungkin esok aku tidak kenal lagi..dan pada masa itu sahabatku..aku sangat memerlukanmu utk membisikkan kalimah taubat untukku,menarikku kembali disertakan ungkapan nasihat dan kalungan tazkirah..pulangkanlah kembali nasihat2 yg pernah ku bagi padamu tika aku diuji..ALLAHumma tsabbit qulubana Ya ALLAH..Kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna.."Biar sahaja tingkah laku kita yang menceritakan siapa kita..tidak sama orang yg bercakap dan orang yg beramal..tidak sama orang yg beramal dan orang yg berjihad..dan tidak sama orang yg berjihad dan orang yg serius dalam jihad.." moga kita berada dalam golongan yg terakhir td..katanya lagi.." Allah tidak mentaklifkan kamu memperoleh natijah dari pekerjaan kamu, tetapi Allah mentaklifkan kamu supaya memperbetulkan tawajjah dan menbuat persediaan yg baik..kejayaan adalah utk orang2 yg bekerja.." sama2 doakan ye sahabat..moga kita semua diberi pinjaman kekuatan dari Allah swt..utk teruskan perjuangan dalam hidup ini.."hidup utk berjuang, berjuang utk syahid, syahid utk kehidupan.." sahabat2..aku mengimpikan sebuah pertemuan bersama kalian semua andai kita berpisah satu hari nanti..bersama berkongsi cerita,pengalaman dan kenangan yg sama dilalui sekarang..tp, andai ajal dtg menjemput, aku pergi tanpa sempat bertemu kalian..dan andai pertemuan kita bukan didunia fana, aku doakan moga Allah temukan kita di syurga abadi milikNya..maafkan diriku sahabat..andai selama perkenalan kita, ada amanah yg terabai..lisan yang tak terjaga..tanggungjawab yg tak terlaksana..terasa diri ini memikul dosa yg menggunung...='( Ya ALLAH...ampunkan dosa kami..hambaMu yg hina lagi dhoif..yg terkadang melakukan dosa tanpa sedar.. " Apabila amanah telah disia2kan, maka tunggulah kehancuran..sahabat bertanya, 'bagaimana mensia2kannya?' Rasulullah saw menjawab, ' apabila sesuatu jawatan diserahkan kepada orang2 yg bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya.." (riwayat Bukhari) "dan sempurnakanlah perjanjian (dgn Allah dan dgn manusia) ,sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya..(Al- Israa' 17:34) sama2 muhasabah ye sahabat2...moga kita terus komited terhadap amanah yang dipikul bersama..Ya Rabbi...dakaplah erat2 diri kami, agar kami tdk pernah rasa ingin meninggalkanMu walaupun ditinggalkan sekalian makhluk...baluti hati kami dgn kesucianMu, agar kami tidak pernah dikotori walaupundisekelilig kam dipenuhi dgn dugaan dunia...sertailah setiap gerak langkah kami, agar kai sentiasa dituntun ke arah sabilMu alaupun dalam kembaranya ditaburi dgn duri2 ujian yg menyakitkan..peliharalah diri kami, kerana Engkaulah sebaik2 pemelihara...Amiin Ya Rabb..Abu Hurairah :"Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan penuh bahawa doa itu akan dikabulkan ! dan sesungguhnya Allah tidak mengkabulkan doa daripada hati yang lalai & berpaling "(HR At-tirmizi)

Detik waktu terus berjalan,

pergi segala gelap dan terang,

suka dan duka,

tangis dan tawa,

tergores bagai lukisan,

seribu mimpi...berjuta sepi...

hadir bagai teman sejati..

diantara lelahnya jiwa,

dalam resah dan air mata,

kupersembahkan kepadaMu,

yang terindah dalam hidupku..

meski kurapuh dalam langkah,

kadang tak setia kepadaMu..

namun, cinta dan rindu dihati hanya padaMU..

bila hati tidak sempurna mencintaiMu..

jiwaku mengharap hanyaMu yang bertakhta,

detik waktu terus berlalu...

semua berakhir padaMU..

~welcome to the peace territory..~ ana sayAng antuma smua.. moga perahabatn kta diberkatiNYA.. J moga allah kumpulkan kita semua dalam kalangan hambaNYA yang memperoleh kemenangan di dunia dan juga akhirat.. 4flat dunia dan akhirat. Insyaallah J

~naa~

DOA SEBAGAI TANDA CINTA…

Kisah 1: terdetik dalam hati si anak apabila melihat ayahnya bersiap untuk bekerja ‘outstation’ . “harap-harap ayah selamat pergi dan balik”

Kisah 2: terdetik dalam hati si dara apabila melihat si teruna menaiki bas ekspress untuk mencari pendapatan lebih di Singapura. “ harap-harap saying dapat duit lebih, nanti boleh cepat kita menikah”

Kisah 3: terdetik dalam hati si jiran sebelah rumah melihat jirannya bergerak manunju ke lapangan terbang ke Mekkah untuk menunaikan umrah. “ harap-harap balik nanti jiran aku belikan aku kopiah Makkah”.

Ketiga-tiga kisah tadi mempunyai satu matlamat iaitu- harapan. Apa maksud harapan?. Harapan ialah hasrat atau permintaan untuk mendapatkan sesuatu. Dalam situasi ini, harapan yang terdetik dalam hati adalah doa. Apa maksud doa pula?. Doa adalah permohonan atau permintaan kepada Tuhan.
Boleh dikatakan bahawa doa dan harapan itu mempunyai satu objektif, iaitu permohonan untuk dimakbulkan. Siapa yang makbulkan? ALLAH S.W.T kerana Dia-lah yang menciptakan segala makhluk dan Dia-lah yang berhak untuk memperkenankan doa kita.

Selain daripada kita berdoa untuk diri kita sendiri dan umat Islam seluruhnya, ada satu ‘part’ yang kita berdoa untuk seseorang (seperti kisah di atas). Sebab apa? Sebab rasa kasih, rasa sayang dan rasa cinta kita kepada seseorang dan kita mahukan seseorang yang disayangi itu memprolehi kesihatan, kejayaan dan ikatan yang baik.
Itulah tanda, lambing atau isyarat cinta yang kita luahkan hanya dalam hati dan hanya diri kita sahaja yang tahu. Apa-apa pun, akar tunjangnya yang paling utama ialah segala doa yang kita mohon mestilah hanya kepada YANG MAHA ESA- ALLAH S.W.T.
Tiga perkara yang harus dilakukan sebagai ummat Islam iaitu- berusaha, berdoa dan bertawakkal. Kaitkan ketiga-tiga perkara itu dalam setiap perlakuan kita. InsyaALLAH, dengan ikhlas perjalanan hidup kita akan tenang dan stabil.
ALLAH S.W.T memakbulkan doa kita dengan tiga cara;

1. Diperkenankan ketika di dunia
2. Diperkenankan tetapi disimpan dan akan diberikan di akhirat
3. Diperkenankan tetapi dengan sesuatu yang berlainan seperti diselamatkan dirinya daripada bala bencana.

Jadi berdoalah, mohon kepada Rabbul Alamin.. moga dipermudahkan urusan dan berdoalah dengan hati yang ikhlas yang penuh dengan cinta dan kasih sayang.