My Followers

Thursday, January 12, 2012

My Timeline


rasanya dah hampir 3 tahun dah aku jadi ex-student saina.kepada yang xtau saina tu apa, saina adalah singkatan kepada sekolah menengah sains pokok sena di alor setar kedah..aku start belajar dari tahun 2005-2009.















nie gambar aku time tingkatan 2..nampak nerd je..haha



















nie masa tingkatan 3..masa nie kami tengah menunggu nak menyambut ketibaan adik angkat kami iaitu student tingkatan 1..:)



















haa..ni gambar time tingkatan 4 dulu..baru lepas pmr kan..haha



gambar ni plak waktu tingkatan 5..maklumlah dah jadi abang long kan sekarang..haha..dan yang di bawah nie plak gambar2 budak lelaki batch aku..



honestly, bila aku tengok balik gambar2 nie, memang teringat semula zaman2 persekolahan dulu dan aku memang merindui semua tu sekarang ni.memang betul, mula2 masuk daftar dulu memang xsuka tapi bila kita dah lama keluar memang akan rindu semula..so, setakat tu je la sekarang ni..dan korang boleh judge sendiri la macam mana rupa aku bila usia aku meningkat matang..haha..dan harap korang boleh leave comment kat bawah ye.:)




Tuesday, January 3, 2012

"Nafas Baru Khatibmoden"


Alhamdulillah, kini blog khatibmoden telah 'hidup kembali' walaupun dengan nama yang lain(Badiuz Zaman).Terima kasih diucapkan kepada kawan-kawan(atau lebih tepat group member) atau kesudian anda semua memberi nafas yang baru kepada 'pembaharuan' semula blog ini. Sebenarnya pembinaan blog ini hanyalah sebagai ikutan(atau lebih tepat "dia ada blog, aku pun nak ada juga la..") kepada seseorang kawan saya tapi malangnya ianya hanya separuh jalan. Bak kata pepatah 'kerja yang dilakukan tanpa keihklasan selalu terhenti di tengah jalan'. Kadang-kadang terdetik juga niat nak delete blog ni, tapi seperti yang kita sedia maklum, perancangan Allah ada hikmahnya dan hikmahnya kini, blog ini dapat dijadikan(telah dijadikan sebenarnya) sebagai projek CSC.Jadi Alhamdulillah dan insyaAllah blog ini akan kembali aktif dan diharapkan blog ini bukannya sekadar nak dapat markah dalam CSC tapi juga dapat mengikat kembali ukhwah persahabatan kita.=)

Monday, January 2, 2012

~kasih ibu~

Kasihnya ibu membawa ke syurga. Ibu adalah seumpama mentari yang seringkali menyinari kehidupan setiap insan di dunia ini. Cintanya seorang ibu kepada anak-anak sudah tersemai sejak mereka di dalam kandungan lagi. Dan kasih tersebut terus berkembang mekar buat selamanya.

Pengorbanan ibu adalah bermula dari mengandungkan anakmu di dalam rahimmu selama sembilan bulan sepuluh hari dan kemudiannya sanggup bertarung nyawa demi menyelamatkan anaknya untuk menjadi khalifah Allah di atas muka bumi ini. Ibu, kini baru kusedar betapa kau sanggup menggantikan kesakitanku ini ketulusan hatimu yang suci sesuci embunan pagi.

Sungguh mulia pengorbanan seorang ibu, Rasullullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Ertinya: Dari Abu Hurairah r.a ia berkata telah datang seorang laki-laki kepada Rasulallah SAW maka ia berkata: “Wahai Rasulullah Rasulullah siapakah yang lebih berhak untuk diberi penghormatan yang sebaik-baiknya? Rasulullah menjawab:”IBUMU” Ia berkata lagi: kemudian siapa? Rasul menjawab:”IBUMU” Dia berkata lagi kemudian: kemudian siapa? Rasulullah menjawab”IBUMU” Dia berkata lagi: kemudian siapa? Rasullullah menjawab:”AYAHMU” (Hadis Riwayat BUKHARI DAN MUSLIM).

p/s:kepada anak2 di perantauan..
balik umah nanti cium tangan mak
n cakap saya sayang mak...:)

~renung2kan & selamat beramal~