My Followers

Monday, December 19, 2011

DOA SEBAGAI TANDA CINTA…

Kisah 1: terdetik dalam hati si anak apabila melihat ayahnya bersiap untuk bekerja ‘outstation’ . “harap-harap ayah selamat pergi dan balik”

Kisah 2: terdetik dalam hati si dara apabila melihat si teruna menaiki bas ekspress untuk mencari pendapatan lebih di Singapura. “ harap-harap saying dapat duit lebih, nanti boleh cepat kita menikah”

Kisah 3: terdetik dalam hati si jiran sebelah rumah melihat jirannya bergerak manunju ke lapangan terbang ke Mekkah untuk menunaikan umrah. “ harap-harap balik nanti jiran aku belikan aku kopiah Makkah”.

Ketiga-tiga kisah tadi mempunyai satu matlamat iaitu- harapan. Apa maksud harapan?. Harapan ialah hasrat atau permintaan untuk mendapatkan sesuatu. Dalam situasi ini, harapan yang terdetik dalam hati adalah doa. Apa maksud doa pula?. Doa adalah permohonan atau permintaan kepada Tuhan.
Boleh dikatakan bahawa doa dan harapan itu mempunyai satu objektif, iaitu permohonan untuk dimakbulkan. Siapa yang makbulkan? ALLAH S.W.T kerana Dia-lah yang menciptakan segala makhluk dan Dia-lah yang berhak untuk memperkenankan doa kita.

Selain daripada kita berdoa untuk diri kita sendiri dan umat Islam seluruhnya, ada satu ‘part’ yang kita berdoa untuk seseorang (seperti kisah di atas). Sebab apa? Sebab rasa kasih, rasa sayang dan rasa cinta kita kepada seseorang dan kita mahukan seseorang yang disayangi itu memprolehi kesihatan, kejayaan dan ikatan yang baik.
Itulah tanda, lambing atau isyarat cinta yang kita luahkan hanya dalam hati dan hanya diri kita sahaja yang tahu. Apa-apa pun, akar tunjangnya yang paling utama ialah segala doa yang kita mohon mestilah hanya kepada YANG MAHA ESA- ALLAH S.W.T.
Tiga perkara yang harus dilakukan sebagai ummat Islam iaitu- berusaha, berdoa dan bertawakkal. Kaitkan ketiga-tiga perkara itu dalam setiap perlakuan kita. InsyaALLAH, dengan ikhlas perjalanan hidup kita akan tenang dan stabil.
ALLAH S.W.T memakbulkan doa kita dengan tiga cara;

1. Diperkenankan ketika di dunia
2. Diperkenankan tetapi disimpan dan akan diberikan di akhirat
3. Diperkenankan tetapi dengan sesuatu yang berlainan seperti diselamatkan dirinya daripada bala bencana.

Jadi berdoalah, mohon kepada Rabbul Alamin.. moga dipermudahkan urusan dan berdoalah dengan hati yang ikhlas yang penuh dengan cinta dan kasih sayang.

No comments:

Post a Comment