My Followers

Tuesday, December 20, 2011

bangkitlah!


Awak,

Buat apa menghabiskan air mata,

membiarkan hati gelisah kerana bersedih?

Serahkan sahaja semua itu sepenuhnya kepada tuhan yang maha Mulia

Kerana jika hati sudah menjadi tenang,

maka jalan keluar pasti akan terbuka...subhanallah~

Awak,

Jika hati tetap terasa kontang maka hiburlah dengan zikrullah,

Jika fikiran tetapa kusut maka tenangkanlah dengan untaian tasbih,

Bila dada tetap terasa sesak maka lapangkan dengan tilawah,

Jika sedih menimpa kerana cinta ,

maka Ingatlah : untuk apa?

Awak,

Ketika cinta menyapa,

janganlah silau dengan indahnya dia,

tetapi lihatlah apakah cinta itu akan membuat awak semakin dekat

kepada Allah atau tidak

Awak,

Kehilangan adalah sebuah kenikmatan

kenikmatan bagi hati yang menikmati dan mengikhlaskan.

Kehilangan bukanlah saat mencari kambing hitam atas sesuatu kesalahan,

Tetapi inilah saat yang sangat berharga

untuk memperkuatkan sangka baik terhadap Allah.

LA TAHZAN..

Awak,

Dikala hati resah memendam rindu..

Hiasi diri dengan taqwa,

perbanyakkan solat, zikir, tilawah, selawat, istighfar dan berbaik sangka,

semoga Allah memberi jalan yang terbaik menurutNya.

Awak,

Dunia ni untuk sementara je,

Jadi,

Jom kita sama2 mujahadah diri,

Selagi belum bertemu DIA,

Selagi itu kita kena sentiasa bermujahadah.

alhamdulillah (^_^)

Naa92~

No comments:

Post a Comment