My Followers

Tuesday, December 20, 2011

PemburuCintaIllahi


SEANDAINYA AKU BISA MEMILIH UNTUK KE SYURGA MU

KERANA…TERLALU HINA DIRI INI UNTUK BERTEMU MU..

andai bisa kata dicoretkan di langit tuhan,

mahu sahaja tiap kata di hujung hati di tulis pada angkasa,

betapa hati penuh kekecewaan dan kedukaan,

namun Allah yang menjadi perencana maha sempurna,

Dia mendatangkan dugaan dan resah di hati insan,

namun Dia juga yang memujuk jiwa hambaNya dengan penuh kelembutan,

syukran ALLAH..

alhamdulillah..(^_^)

bismillahirrahmanirrahim.

NOTAhATI..

issh..hurm, biarlah, takpelah, sudahlah.." renungan panjang ke padang hijau.

keluhan terus menerus.

penatnya..

letihnya..

penat dengan dugaan..

"Allah, ambil aku, boleh?" airmata terus laju..

"dah tak daya rasanya dengan ujian bertimpa, cuma mahu redhaMu, Allah"

"ambil aku, boleh Allah?"

berjalan di atas lorong pejalan kaki..sesekali kaki melangkah memijak rumput-rumput di sisi, padahal sudah ada jalan khas untuk berjalan kaki, masi juga mahu memijak rumput-rumput yang tak bersalah itu.. sesekali tengok sungai mengalir..kelihatan makhluk allah sedang memerhati di sebalik pepohonan menghijau..humm.

dari dulu, sejak dulu..Allah tak pernah tinggalkan kamu, tahu?

sekejap kau berjalan atas landasan, sekejap kau terkeluar dari landasan..

TAPI..

sayang dan kasih Allah bawa kamu pulang kembali ke track tadi.

sedar ke?

sedar..

ALHAMDULILLAH ( ^_^)

Allah tak pernah lari dari kamu, malahan kamu yang dalam perlahan menjauh dari jalan tuhan.

Allah dari dulu selalu ada, biar apapun bentuk kedurhakaan yang kau lakukan..

biar apapun bentuk kealpaan, kelalaian kau pada zat mu, Allah..

letih menunaikan hajat dan permintaan . penat menjaga hati dan perasaan .susahnya nak penuh dan puaskan hati .

Allah juga yang akhirnya di samping kan..

kesian Allah, kesian lagi pada diri sendiri! maaf kan aku ya Allah.

sudah, cukup!

cukup-cukup dengan dunia.

dekatkan aku pada akhiratMu, Allah.

moga masih layak sujudku untuk Mu..

airmata selari dengan senyuman. Allah masih sayang..alhamdulillah (^_^)

saat kau pula mencari semula tuhan..

ALLAH sayang aku…

saat kau pula harus bangun dengan kalimah Allah.

bukankah Allah uji kerana sayang.

Allah sayang kita, caya tak?

Ya..

yakinkan aku, tuhan.

redhakan aku, allah.

aku terduduk lagi, merenung luasnya langit Mu,

asyik melihat laut yang membiru,,

begitu damai.. cantik sekali..

lapangkan kesempitan di dada kami, Allah.

hilangkan sebak dan sesak hati ku, Allah

sampaikan aku ke Pangkuan Mu

Carilah cinta Allah, moga hatimu tenang

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

(Surah. Al Baqarah:216)

Doa…

kami mohon ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami terpaksa meminta jasa orang lain" (Al Mathurat)

Ana teringin benar menjadi tetamu Allah.

sebab teringin nak rasa macamana jadi BABY semula =)

ana banyak benar dosa.

Banyak sangat..

rasa nak celup diri dalam airmata di depan kaabah. mudahan jadi putih bersih kembali. mahu jadi insan yang baik. paling tidak ana mahu jadi hamba yang solehah buat Allah. Anau mahu keluar dari dunia lumut penuh kekotoran jahiliyah dan akhlah yang buruk. Ana mahu lahir semula putih bersih, mudahan ana boleh jadi insan solehah yang diimpikan yang diidamkan sejak dulu lagi.

Ana ingin benar pergi ke tanah suci..menebus kembali searah silam dan dosa.. ana juga ingin sekali sujud di masjidil haram dan masjid nabawi..dalam usia yang muda..kabulkan yer, Ya ALLAH..

sedih..

Ada banyak hubungan yang tak terjaga.

dan ana yakin kunci masalahnya cuma ada satu iaitu..

Hubungan ana dengan Allah azza Wajalla ada lackingnya. ada bocor di sana sini..

Terlalu sibuk sangat dgn dunia,,lupa nak tutup dengan bacaan al-quran,,tahajjud,,doa..

Bukan kah jika kita menjaga hubungan dengan Allah,nescaya Allah jaga hubungan kita yang lainnya?

Orang mukmin bisa melihat wajah Allah di akhirat nanti..

Seronoknya kan..

tapi ana rasa, ana ni cuma Orang-orang*..

yes..orang-orang..!

(*kat sawah padi tu..yang dok berdiri di tengah-tenga sawah. konon-kononnya nak takutka burung sebab burung akan ingat itu manusi.Tapi sebenarya orag-orang itu hanya batang kayu dan himpunan rumput-rumput kering yang tak berguna. Sekarang,burung pun tahu beza orang dan orang-orang. Sebabnya orang boleh bunuh/halau burung tapi orang-orang useless sama sekali)

Allah

aku tahu,aku tak pernah layak untuk syurgaMu..

Namun aku tak berani jamin aku mampu merentas lautan neraka yang penuh api yang menyala dan penuh dengan azab azab dan azab serta segunung kemurkaanMu.

terkena minyak kat muka masa goreng karipap ngan mak haritu pun, masih mengeluh sakit tak berhenti.

Plaster pun dekat sminggu pakai tak buang-buang..

Itu baru kene minyak, kalau kene api? satu badan lagi?

dalam neraka..kene celup, pastu cair..pastu jadi manusia semula,pastu kene celup lagi..mendidih lagi...cair lagi..dicelup lagi..dari hujung kaki sampai hujung rambut..mendidih otak dan kepala..terburai segala isi perut dan isi otak..tulang belulang hangus dan lebur macam leburkan besi...lepas jerit terpekik terlolong sebab sakit,perit dan jerih tu..

plaster berjuta-juta pun tak cukup nak tampal..oitt,, dah tak da laa plaster ke, ubat ataupun farmasi kat akhirat sana laa..

"Allah,Allah..ampunkan aku!!!" jeritlah sekeras mana pun. Allah dah beri peluang sebanyak-banyaknya di dunia untuk baiki dan islah diri..apa yang kamu buat di dunia dulu?

Mintaklaa walaupun sesaat nk idup kembali kat dunia-konon ,sempat ucap sekali `LAILAHAILLALLAH’ pun jadilahh- sapa nak dengar???

aku lalai yaALLAH!

kemudian allah hidupkan kita kepada bentuk asal.

dan kemudian? celup lagi!! 1 hari di dunia bersamaan puluh2 tahun di sana. Kalau kita buat satu dosa, pastu kita sedekah rm10, rasanya cukup ke nak hapuskan dosa-dosa kita tu? paling tak,agaknya mungkin lah kurang 10hari(sebab sedekah rm10 kan?), yang lebih-lebih hari tu, sanggup ke kita menghadapi neraka Allah yang penuh dengan azab,darah dan nanah?

itu kalau guna perkataan celup,masih baik lagi..kalau malaikat Malik tu pukul belakang pakai besi tercampak berguling-guling ke dasar neraka penuh api marak tu? sanggup? dah la malaikat Malik tu besar dan kuat..aku? huhuk.. L

kene bahang masa tolong nenek masak rendang masa raya tu pun tak letih mulut merungut-rungut panas..

itu baru bahang dunia!

cukup-cukup!

Xsanggup nya nak dengar!

allah, sungguh aku tak mampu dan aku ngeri.

izinkan aku jadi tetamuMu ya rabb..izinkan aku untuk menggosok segala daki dosa hitam pekat dalam hati dan diri..

aku tahu cuma di sana adanya clorox paling berkesan. moga redhaMu jadi milik aku.

Izinkan aku menjadi tetamu Mu…

Naa92~

No comments:

Post a Comment